Saifuddin ucap tahniah pelantikan Hajiji sebagai KM Sabah

29/09/2020 08:36 PM

KOTA KINABALU, 29 Sept -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman Datuk Hajiji Mohd Noor atas lantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

Beliau berkata Hajiji, yang juga anak kelahiran Tuaran, pernah menjadi juruhebah radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1976.

"Selamat berkhidmat untuk rakyat Sabah," katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Hajiji, 65, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Sabah hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 selepas memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. 

-- BERNAMA

 

 

 


 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy